Saturday, November 22, 2014

Penantian 20 tahun


Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT yang mengurniakan rezeki yang murah kepada aku untuk aku merealisasikan impian yang telah lama terpendam untuk memiliki sebuah jentera 2 roda (big bike).

Bulan ni aku dgn adik aku sama-sama dapat memiliki motor besaq yang kami idam-idamkan. Cuma aku punya tu murah la dari adik aku. Kontraktor dgn org makan gaji mana la sama kan. hehehehe

Adik aku dah dapat motor Yamaha R6 (recon) tahun 2012 dari The Riders Haven Putra Height, Puchong pada tarikh 20 November 2014 bersamaan 27 Safar 1436h. Punya la xcited dia ajak aku pie ambik motor time2 hujan lebat. Tak tidoq malam ooo kalau x boleh bawak motor balik. Motor aku saja yang tak keluaq lagi. InsyaAllah esok dapat la tu.
Salesman tgh dok kilatkan motor adik aku
Adik aku (Bard R6... cheewah, pandai2 ja aku tambah R6) dah tak sabaq nk bawak
Hero aku pon ambik peluang mencuba. Tp abah chik dia tak bagi bawak. Bawah umur
Jeng..jeng..jeng... hujan masih renyai2. Coba tetap ku coba. Macam mana pon motor mesti balik kajang malam ni

Ok, adik aku dah dapat. Aku pulak apa cer?? Sabaq no... hari tu aku lambat pie submit dokumen kat kedai TBS kulai tu. Jadi redha je lah ye. Hari khamis (20hb Nov 2014) kedai kata motor dah bawak p inspection kat JPJ. Di Johor pulak gomen keja separuh hari. Jadi mau tak mau minggu depan la dpt nya.Kemungkinan besaq 24hb. Tp kalau dapat pon cammana nk ambik. Aku jd pengasuh anak bawak p opis. Tak berani la nk bawak anak aku naik motor. Baru 5 tahun..
Motor aku dalam proses nk hantaq ke JPJ untuk inspection.

Hero ayah tengah dok test


Fuhhhh..... mmg tak sabaq nunggu kalau penangan big bike ni.... Nanti dah dapat motor, aku akan update lagi. (Apa la no motor aku kan JQM????)


No comments:

Post a Comment